Masa tetap berlalu.......

Friday, 30 November 2012

Wednesday, 28 November 2012

Larihan Kata Adjektif
Arahan : Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang betul.

jernih, panjang, enak, harum, cantik, perlahan

  1. Kek  yang  emak buat  sungguh  ____________.
  2. Baju baru kaka sangat _______________.
  3. Bunga ros baunya sangat _________________
  4. Abang  menebas rumput ___________ di belakang  rumah.
  5. Kura-kura berjalan ______________.
  6. Air sungai  itu  sangat _____________.
Latihan Kata Hubung

Arahan : Salin  semula ayat  di bawah  menggunakan  kata  hubung  yang  betul

1. Fauzi pergi ke kedai
    Aman  pergi ke kedai . (dan)
______________________________________________

2. Buku  itu  nipis
    Buku Itu mahal (tetapi)
______________________________________________

3. Ahmad  akan ke Kota Kinabalu esok
     Ahmad akan ke Kota Kinabalu lusa (atau)

______________________________________________

4. Yati  memasak di dapur
    Yati menyanyi di dapur (sambil)

5. Rumah  nenek di  kampung besar
    Rumah  nenek   di kampung cantik (dan)




Monday, 19 November 2012

INFO AKIDAH

RASUL PEMIMPIN UMAT

1.Rasul ialah lelaki mulia pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk panduan diri sendiri dan disampaikan kepada manusia.
2.Nabi ialah lelaki mulia pilihan Allah yang diberikan wahyuuntuk panduan diri sendiri.
3.Kita wajib beriman kepada Rasul.
4.Tugas-tugas Rasul ialah ;
    -Menyampaikan wahyu
    -Mengajar manusia mengenal Allah .
    -Membentuk akhlak mulia.

25 Nama Nabi dan Rasul

1.Adam
2.Idris
3.Nuh
4.Hud
5.Soleh
6.Ibrahim
7.Lut
8.Ismail
9.Ishak
10.Yaakub
11.Yusuf
12.Ayub
13.Syuaib
14.Musa
15.Harun
16.Zulkifli
17.Daud
18.Sulaiman
19.Ilyas
20.Ilyasak
21.Yunus
22.Zakaria
23.Yahya
24.Isa
25.Muhammad saw

Friday, 16 November 2012

Perkataan yang ditulis rapat

  • Bumiputera
  • Antarabangsa
  • Kerjasama
  • Kakitangan
  • Sukarela
  • Setiausaha
  • Suruhanjaya
  • Tandatangan
  • Tanggungjawab
  • Jawatankuasa
  • Olahraga
  • Warganegara
  • Pesuruhjaya
  • Matahari




Terlalu  banyak cabaran yang ditempuhi  untuk  menggapi  cita-cita  nan  satu.....  pengorbanan,  pengurusan  masa   amat  diperlukan...terima  kasih  pada Mu  ....yang  meberikan  ruang   yang  ada....

Penjodoh Bilangan

Tatabahasa : Penjodoh Bilangan

Nota 
1.   Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan
      kata bilangan.
2.   Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda
      mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
3.  Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta
     penggunaannya.
 
Penjodoh Bilangan
Penggunaan
baris
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya
batang
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya
biji
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya
cucuk
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya
das
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam
ekor
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya
gugus
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya
ikat
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya
jambak
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya
keping
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya
ketul
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya
laras
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya
lembar
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya
pasang
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya
sikat
Untuk pisang
ulas
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya
utas
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai

DEFINISI PERIBAHASA

Peribahasa

.Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.
Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing.

Peribahasa dan maknanya

Ada hati
  • Ada keinginan
Ada jalan
  • Ada cara, ikhtiar, usaha
Ada udang di sebalik batu
  • Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan
Air muka
  • Permukaan air
  • Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan)
  • Maruah, harga diri
Air seni
  • Air kencing, air kecil
Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas
  • Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas
Akar umbi
  • Akar tunjang
  • Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh
  • Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti
Alah bias tegal biasa
  • Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa mengalaminya
Alah membeli menang memakai
  • Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat (tahan dan sebagainya)
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
  • Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya
  • Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan
Ambil langkah
  • Mulai hendak berjalan
  • Mulai bertindak
Ambil berat
  • Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa
Anak emas
  • Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa
Asam garam
  • Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka)
Ayam tambatan
  • Orang harapan
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
  • Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka
Bagai aur dengan tebing
  • Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan
Bagai ayam disambat helang
  • Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa
Bagai bulan dipagar bintang
  • Wajah perempuan yang cantik
Bagai kaca terhempas ke batu
  • Sangat sedih

Bagai kacang lupakan kulit
  • Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya) setelah menikmati kesenangan
Bagai minyak dengan air
  • Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu
Bagai murai dicabut ekor
  • Orang yang suka bercakap banyak
Bagai cincin dengan permata
  • Sama padan, cocok benar

Bagai menatang minyak yang penuh
  • Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna
Baik sangka
  • Rasa muhibah
  • Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang
Banyak makan garam
  • Mempunyai banyak pengalaman hidup
Batu loncatan
  • Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu
Belut kena ranjau
  • Orang yang cerdik kena tipu