Masa tetap berlalu.......

Friday, 16 November 2012

Peribahasa dan maknanya

Ada hati
  • Ada keinginan
Ada jalan
  • Ada cara, ikhtiar, usaha
Ada udang di sebalik batu
  • Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan
Air muka
  • Permukaan air
  • Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan)
  • Maruah, harga diri
Air seni
  • Air kencing, air kecil
Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas
  • Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas
Akar umbi
  • Akar tunjang
  • Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh
  • Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti
Alah bias tegal biasa
  • Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa mengalaminya
Alah membeli menang memakai
  • Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat (tahan dan sebagainya)
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
  • Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya
  • Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan
Ambil langkah
  • Mulai hendak berjalan
  • Mulai bertindak
Ambil berat
  • Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa
Anak emas
  • Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa
Asam garam
  • Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka)
Ayam tambatan
  • Orang harapan
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
  • Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka
Bagai aur dengan tebing
  • Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan
Bagai ayam disambat helang
  • Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa
Bagai bulan dipagar bintang
  • Wajah perempuan yang cantik
Bagai kaca terhempas ke batu
  • Sangat sedih

Bagai kacang lupakan kulit
  • Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya) setelah menikmati kesenangan
Bagai minyak dengan air
  • Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu
Bagai murai dicabut ekor
  • Orang yang suka bercakap banyak
Bagai cincin dengan permata
  • Sama padan, cocok benar

Bagai menatang minyak yang penuh
  • Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna
Baik sangka
  • Rasa muhibah
  • Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang
Banyak makan garam
  • Mempunyai banyak pengalaman hidup
Batu loncatan
  • Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu
Belut kena ranjau
  • Orang yang cerdik kena tipu

1 comment:

  1. Assalamua'alaikum cikgu Mawiedah...
    Tahniah dapat menghasilkan blog...
    Banyak peribahasa yang dihasilkan. Boleh dirujuk disini.
    Teruskan Usaha Anda....
    Ada masa sila berkunjung ke blog saya....

    ReplyDelete